Minggu, 20 April 2014

MAKNA BID'AH

QO’IDAH BID’IYYAH

1. Ta’rif (Definisi) Bid’ah.

Bid’ah menurut bahasa/etimologi bermakna إختراع(ikhtira’) yaitu sesuatu yang diciptakan tanpa ada contoh sebelumnya, misalnya perkataan orang Arab : أبدع الله الخلق (ertinya: Allah telah mengadakan makhluk dari tidak ada menjadi ada tanpa ada contoh sebelumnya, atau disingkat Allah telah menciptakan makhluk). Atau sebagaimana pula dalam firman Allah : بديع السموات والأرض (البقرة : 117) ertinya : Allah menciptakan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumnya (Al-Baqarah : 117).

Bid’ah menurut istilah/terminologi adalah : عبارة عن طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه ertinya : “Cara baru dalam agama yang dibuat menyerupai syari’at dengan maksud untuk melebihkan dalam beribadah kepada Allah”9. Hal ini mengacu kepada sabda Nabi r yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, bersabda Nabi r: من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردّ ertinya : “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan (agama) ini suatu perkara yang tidak ada perintahnya maka ia tertolak.” (Muttafaq ‘alaihi), dalam riwayat Muslim, bersabda Nabi r : من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو ردّ ertinya : “Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada perintahnya dariku dari perkara ini (agama) maka ia tertolak. (HR Muslim)10

2. Dalil haramnya bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.11

* Dalil dari Al-Qur’an :

وأن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصاكم به لعلكم تتقون

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.”12

Diriwayatkan dari Abul Hujjaj bin Jubair Al-Makky13, menafsirkan ولا تتبعوا السبل (dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain), beliau berkata yang dimaksud dengan السبل (jalan-jalan yang lain) adalah bid’ah dan syubuhat.

* Dalil dari hadits Rasulullah r

1. عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها, قال رسول الله : من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردّ (متفق عليه) و في رواية لمسلم, , قال رسول الله : من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو ردّ (رواه مسلم)

Dari Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bersabda Rasulullah r “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan (agama) ini suatu perkara yang tidak ada perintahnya maka ia tertolak.” (Muttafaq ‘alaihi), dalam riwayat Muslim, bersabda Nabi r : “Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada perintahnya dariku dari perkara ini (agama) maka ia tertolak.” (HR Muslim)

, قال رسول الله : أما بعد، فإن أصدق الحديث كلام الله وخير الهدي هدي محمد rوشر الأمور محدثاتها وكلّ محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة ، وكل ضلالة في النار (متفق عليه)

Bersabda Rasulullah r : “Adapun setelah itu, sesungguhnya sebenar-benar kalam adalah Kalam Allah I dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad r. Sedangkan seburuk-buruk suatu perkara adalah perkara yang baru (muhdats) dan setiap muhdats itu Bid’ah dan setiap kebid’ahan itu neraka tempatnya.” (Muttafaq ‘alaihi)

عن عرباض بن سرية, , قال رسول الله : من يعش منكم فسيرى إخنلافا كثيرا, فعليكم بستتي و سنة.

الخلفاء الزاشدين المهدين, تمسكوا بها و عضوا عليها باالنواجذ, وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة و كل بدعة ضلالة (رواه مسلم)

Dari ‘Irbadh bin Sariyah, bersabda Rasulullah r : “Barangsiapa yang hidup sepeninggalku nanti, akan melihat perselisihan yang banyak, maka peganglah sunnahku dan sunnah Khalifah yang lurus dan mendapatkan petunjuk, genggamlah dengan kuat dan gigitlah dengan gerahammu, jauhilah olehmu perkara yang muhdats (baru), kerana setiap muhdats itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.” (HR Muslim)

Dari hadits di atas, dinyatakan bahawa كل بدعة ضلالة (Setiap bid’ah itu sesat), yakni hal ini menunjukkan secara terang dan nyata bahawa tidak ada bid’ah hasanah, kerana Rasulullah r telah menjelaskan secara jelas bahawa كل بدعة ضلالة (Setiap bid’ah itu sesat). Para ulama’ sepakat bahawa kata كل (Kullu) yang diikuti oleh اسم ناقرة ism naaqirah (objek umum) bukan اسم معرفة ‘ism ma’rifat (objek khas) tanpa adanya استثناء istitsna’ (pengecualian), maka ia terkena keumuman dari kata كل (Kullu) tersebut. Sehingga bermakna, bahawa semua bid’ah tanpa terkecuali adalah sesat!!! Maka batallah pernyataan sebagian kaum muslimin yang menyatakan bahawa bid’ah itu ada yang hasanah.

Imam Malik, sebagaimana dinukil oleh Imam Syathibi dalam I’tisham14, menyatakan secara tegas bantahan terhadap orang-orang yang menyatakan kewujudan bid’ah hasanah, beliau rahimahullah berkata :

من ابتدع في الإسلام بدعة و يراها حسنة فقد زعم أن النبي صلّى الله عليه و سلّم خان رسالة, لأنّ الله تعالى يقول : اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا (المائدة : 3) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا.

“Barangsiapa yang mengada-adakan bid’ah di dalam Islam dan menganggapnya sebagai suatu hal yang hasanah, sungguh dia telah menuduh Rasulullah r mengkhianati risalahnya, kerana Allah I telah berfirman : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka apa-apa yang bukan bagian agama pada hari itu (ayat ini diturunkan) maka bukanlah pula termasuk agama pada hari ini.”15

3. Ibadah itu tauqifiyyah dan tak perlu tambahan lagi.

Tauqifiyyah maksudnya adalah لا يثبت و لا يعمل إلا بدليل من القرآن و السنة (Tidaklah ditetapkan dan diamalkan kecuali jika berdasarkan dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah)16

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Ubudiyah17 menjelaskan tentang dua tiang dasar dalam ibadah, yakni :

3.1. Tidak boleh beribadah kecuali hanya kepada Allah ta’ala semata (ikhlash)

3.2. Tidak boleh beribadah kecuali dengan apa-apa yang disyariatkan-Nya dan haram beribadah dengan berbagai jenis bid’ah.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam I’lamul Muwaqqi’in18 berkata : “Bahawa asal di dalam ibadah adalah batal dan haram sampai tegak dalil yang memerintahkannya.”

Ibnu Katsir di dalam tafsirnya19, mengatakan : “Bahawa di dalam masalah ibadah hanya terbatas pada nash, tidak boleh dipalingkan dengan berbagai macam qiyas (analogi) dan ra’yu (akal fikiran). “

Dari sini para ulama’ fiqh beristinbath (menggali hukum dan membuat kesimpulan) kaedah ushul fiqh yang berbunyi : الأصل في العبادة الممنع والمحرم أم الأصل في العبادة الإتباع yang ertinya, “Hukum asal dalam masalah ibadah adalah terlarang dan haram atau hukum asal di dalam ibadah adalah ittiba’”, sehingga datang nash, dalil atau hujjah yang memalingkannya. Maksudnya adalah terlarang dan haram beribadah hingga telah terang dan jelas bagi kita akan dalilnya dari Kitabullah atau hadits Rasulullah r. Sehingga dengan kaedah ini, syari’at Islam akan senantiasa murni dan terjaga daripada hawa nafsu dan apa-apa yang bukan dari Islam, akan terjaga daripada penyelewengan para munharifin (kaum yang menyimpang), dan Islam tetap menjadi agama yang berbeza dari agama selainnya yang dengan segala kesempurnaannya tak memerlukan penambahan dan pengurangan. Kerana jika kita menambahkan sesuatu dalam agama ini padahal agama ini telah sempurna, ataupun menguranginya, bererti pada hakikatnya kita menganggap sesuatu itu kurang, sehingga perlu kita tambahkan dan kita kurangi.20

4. Pembagian Ibadah dan dhowabithnya

Ibadah menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah adalah : إسم جامع لكل ما يحبه الله ويرضه من الأقوال والأفعال ظاهزا وباطنا ertinya: “Suatu nama yang mencakupi apa-apa yang dicintai Allah I dan diredhai-Nya daripada ucapan dan perbuatan, baik yang zahir mahupun bathin”.

Syaikh ‘Utsaimin di dalam kitab Al-Ibtida’ fi kamal Asy-Syar’i menjelaskan syarat yang mesti dipenuhi dalam ibadah, bahawa sebagaimana ketika Fudhail bin Iyadh menerangkan ayat الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا “ Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya”21. Beliau menerangkan bahawa أَحْسَنُ عَمَلًا (yang lebih baik amalnya) adalah أخلصه وأصوابه “yang paling ikhlash dan paling benar (ittiba’ Rasul)”. Jadi syarat mutlak dalam ibadah adalah :

4.1. Ikhlash lillahi (ikhlas kerana Allah) I dan menjauhkan diri dari syirik baik syirik asghar22 maupun syirik akbar23.

4.2. Mutaba’ah li Rasulillah (mengikuti Rasulullah) dan menjauhkan diri daripada bid’ah dan muhdats.

Syaikh ‘Utsaimin melanjutkan, “Perlu diketahui bahawa mutaba’ah tidak akan dapat tercapai kecuali apabila amal yang dikerjakan sesuai dengan syari’at dalam enam perkara:

4.2.1. Sebab, yakni jika seseorang melakukan ibadah kepada Allah dengan sebab yang tidak disyari’atkan, maka ibadah tersebut adalah bid’ah dan mardud (tertolak). Contoh : seseorang yang melakukan sholat tahajjud pada malam 27 Rajab, dengan alasan bahawa malam tersebut adalah malam mi’raj Rasulullah r, adalah bid’ah, kerana sholat tahajjudnya dikaitkan dengan sebab yang tidak ditetapkan dengan syari’at, walaupun sholat tahajjud itu sendiri adalah sunnah. Namun kerana dikaitkan dengan sebab yang tidak syar’i, sholatnya menjadi bid’ah.

4.2.2. Jenis, yakni ibadah mesti sesuai dengan syari’at dalam jenisnya, jika tidak maka termasuk bid’ah. Contoh : seseorang menyembelih kuda untuk korban adalah tidak sah, kerana menyelisihi syari’at dalam ketentuan jenis haiwan korban, yang disyari’atkan hanyalah unta, sapi dan kambing.

4.2.3. Kadar (bilangan), yakni ibadah mesti sesuai dengan bilangan/kadarnya, jika menyelisihinya maka termasuk bid’ah. Contoh : seseorang sholat zuhur 5 rakaat, dengan menambah bilangan sholat tersebut, hal ini tidak syak lagi termasuk bid’ah yang nyata.

4.2.4. Kaifiyat (cara), seandainya seseorang berwudhu dengan cara membasuh kaki terlebih dahulu kemudian tangan, maka tidak sah wudhunya, kerana menyelisihi kaifiyat wudhu’.

5. Waktu, yaitu seandainya ada orang yang menyembelih binatang korban pada hari pertama bulan Dzulhijjah, maka tidak sah, kerana waktunya tidak sebagaimana yang diperintahkan.

6. Tempat, seandainya seseorang beri’tikaf bukan di Masjid, maka tidak sah I’tikafnya, kerana I’tikaf hanyalah disyari’atkan di masjid, tidak pada selainnya.

Al-Ustadz Abdul Hakim Abdat, dalam Risalah Bid’ahnya menukil pembagian ibadah menjadi dua jenis, yakni :

6.1. Ibadah Mutlak, yaitu suatu ibadah yang tidak ditentukan secara khusus oleh Rasulullah kaifiyatnya, jumlahnya, waktu, tempat maupun sifatnya secara khusus dan terperinci. Biasanya ibadah mutlak berbentuk suatu perintah dan berita umum dari Rasulullah tanpa ada qoyyid (pembatas) jumlah, waktu, tempat maupun sifatnya. Contohnya adalah, mengucapkan salam, Rasulullah r bersabda, افشوا السلام بينكم “Tebarkan salam di antara kalian”, lafaz hadits ini adalah umum, tidak diterangkan beliau r akan batasan waktunya, bilangannya, dan tempatnya.

6.2. Ibadah Muqoyyad, yaitu ibadah yang terikat dengan jumlah, bilangan, waktu, tempat mahupun sifatnya, yang diterangkan secara tafshil (terperinci) oleh Rasulullah r. Contohnya adalah sholat, di mana banyak hadits yang datang menerangkan tentang sifatnya, bilangannya, waktunya, dan tempatnya.

Ta’rif Sunnah dan sunnah adalah lawan bid’ah.

Sunnah menurut bahasa adalah طريق (jalan/cara), سبيل (jalan), dan منهج(manhaj/method). Adapun menurut istilah adalah ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه و سلم من فعل أو قول أو تقرير أو صفة خلقية و خلوقية “Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi r daripada perbuatan atau perkataan atau persetujuan ataupun sifat akhlak dan penampilan beliau r”. Sunnah ditinjau daripada pemahamannya ada dua, yakni :

6.2.1. Sunnah menurut fuqoha’ (ahli fiqh), adalah bermakna mandub/hukum. Maksudnya adalah jika diamalkan mendapatkan pahala namun jika ditinggalkan tidaklah mengapa dan tidak disiksa.

6.2.2. Sunnah menurut muhadditsin (ahli hadits), adalah bermakna hadits, sebagaimana definisi sunnah menurut istilah di atas, sehingga ada sunnah yang berhukum wajib dan ada yang sunat.

Adapun ditinjau dari pelaksanaannya, sunnah dibagi menjadi dua, yaitu :

6.2.2.1. Sunnah Fi’liyah, yakni Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi r daripada perbuatan atau perkataan atau persetujuan ataupun sifat akhlak dan penampilan beliau r. Hukumnya ada yang wajib dan ada yang sunat.

6.2.2.2. Sunnah Tarkiyah, yakni apa-apa yang disangka sebagai suatu sunnah dan dinisbatkan kepada Rasulullah r, padahal beliau tidak pernah menunjukkannya, meninggalkannya adalah wajib dan melaksanakannya adalah bid’ah.

Jadi jelas bahawa meninggalkan sunnah adalah suatu bid’ah dan meninggalkan bid’ah adalah sunnah, kedua-duanya tak dapat dipersatukan untuk selama-lamanya, kerana ia bagaikan air dan minyak, ia bagaikan langit dan bumi. Sebagaimana dalam kalimat tauhid لا إله إلا الله terkandung nafyu (penafian/peniadaan) dan itsbat (penetapan), yakni nafyu terhadap segala bentuk kesyirikan dan itsbat terhadap tauhid ibadah lillah. Demikian pula bid’ah dan sunnah, mengetahui bid’ah adalah suatu keperluan agar terhindar daripadanya dan lebih memahami akan hakikat sunnah itu sendiri, sebagaimana ucapan seorang penyair :



عرفت الشرّ لا للشرّ ولكن لتوقيه و من لم يعرف الخير من الشرّ يقع فيه

“Aku mengetahui keburukan bukan untuk mengamalkan keburukan, tetapi untuk menghindarinya

dan barang siapa yang tidak mengetahui antara kebaikan dan keburukan, nescaya dia terjerumus ke dalamnya”

Bahkan mengetahui sesuatu dengan cara mengetahui lawannya adalah selaras dengan firman Allah :

فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ(256)

“Barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”24. Sebagaimana tauhid tidaklah diketahui kecuali dengan menjauhi lawannya, yakni syirik, dan iman takkan terealisasi kecuali dengan menjauhi lawannya, yaitu kufur. Demikian pula, sunnah takkan jelas dan tanda-tandanya tidak akan terang, kecuali dengan mengenal lawannya, yaitu bid’ah.

Sungguh indah perkataan Ibnu Qutaibah :

و لن تكمل الحكمة والقدرة إلا بخلق الشيء وضده, ليعرف كل منهما بصاحبه, فالنور يعرف بالظلم, والعلم يعرف بالجهل, والخير يعرف بالشّرّ, والنفع يعرف بالضرّ, والحلو يعرف بالمرّ.

“Hikmah dan qudrah takkan sempurna melainkan dengan menciptakan lawannya agar masing-masing diketahui dari pasangannya. Cahaya diketahui dengan adanya kegelapan, ilmu diketahui dengan adanya kebodohan, kebaikan diketahui dengan adanya keburukan, kemanfaatan diketahui dengan adnaya kemudharatan, dan rasa manis diketahui dengan adanya rasa pahit.”25

7. Pembagian Bid’ah dan bahaya serta kerosakannya terhadap ummat.

Telah dijelaskan bahawa bid’ah seluruhnya adalah sesat, dan adalah tidak benar menganggap bid’ah ada yang hasanah, dengan hujjah dan alasan yang telah disebutkan. Para ulama’ membagi bid’ah menjadi dua26, yakni :

7.1. Bid’ah Haqiqiyah : Suatu macam bid’ah yang tidak ditunjukkan sedikitpun suatu dalil syar’i dari segala sisi, baik secara ijmal (umum), apalagi secara tafshil (terperinci). Contoh : Peringatan Maulid Nabi27, Isra’ Mi’raj, Nuzulul Qur’an, Tahlilan28, Demonstrasi29, dan lain-lain.

7.2. Bid’ah Idhafiyah : Suatu macam bid’ah yang jika ditinjau dari satu sisi ia memiliki dalil/hujjah, namun jika ditinjau dari sisi lain, tidak ada tuntunan syariatnya dari Rasulullah r. Dengan cara, memutlakkan ibadah muqoyyad ataupun sebaliknya, memuqoyyadkan ibadah mutlak, tanpa ada keterangannya dari Rasulullah. Contoh : Dzikir jama’i30, membasuh kaki hingga lutut ketika berwudhu’, membaca yasin setiap malam jumaat31, dan lain-lain.

Termasuk dalam kerangka cemburu kepada Allah, Rasul-Nya dan agama-Nya, adalah menafikan hal baru yang disandarkan kepada agama, menjauhinya dan mentahdzirnya (memperingatkan ummat daripada bahayanya). Ini kerana perlakuan bid’ah akan menimbulkan beberapa kerosakan sebagai berikut:

7.2.1. Orang-orang awam akan menganggap dan meyakininya sebagai suatu yang benar atau baik.

8.2.2. Menimbulkan kesesatan bagi ummat dan menolong mereka untuk mengerjakan yang salah.

7.2.3. Jika yang melakukan bid’ah itu orang yang alim, ia dapat menjadikan masyarakat mendustakan Rasulullah r. Kerana mereka menganggap ini sunnah dari Rasulullah r padahal beliau r tak pernah mengajarkannya.

7.2.4. Sunnah menjadi samar dengan bid’ah, akibatnya seluruh sendi agama menjadi samar pula, sehingga kesyirikan, khurafat dan tahyul menjadi samar.

7.2.5. Padamnya cahaya agama Allah, kerana kebid’ahan merupakan sumber perpecahan dan penghalang turunnya pertolongan Allah, akibatnya ummat Islam selalu terlingkupi kehinaan dan kekalahan.

8. Kaedah dalam menyatakan suatu amalan sebagai bid’ah

Imam Al-Muhaddits Al-Ashr Al-Allaamah Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Ahkamul Jana-iz wa bid’uha32 menjelaskan lapan perkara yang dapat dikategorikan sebagai bid’ah :

8.1. Setiap perkara yang menyelisihi sunnah baik ucapan, amalan, I’tiqod maupun dari hasil ijtihad.

8.2. Setiap sarana yang dijadikan wasilah untuk bertaqarrub kepada Allah, namun Rasulullah r melarangnya atau tidak mengajarkannya.

8.3. Setiap perkara yang tidak mungkin di syariatkan kecuali dengan nash (tauqifiyah) namun tak ada nashnya, maka ia adalah bid’ah, kecuali amalan sahabat.

8.4. Sesuatu yang dimasukkan dalam ibadah dari adat-adat dan tradisi orang kafir.

8.5. Apa-apa yang dinyatakan ulama’ kontemporari sebagai amalan mustahab tanpa ada dalil yang mendukungnya.

8.6. Setiap tata cara ibadah yang dijelaskan melalui hadits dho’if atau maudhu’

8.7. Berlebihan (ghuluw) dalam beribadah.

8.8. Setiap peribadatan yang dimutlakkan syari’at, kemudian dibatasi oleh manusia seperti tempat, waktu, kaifiyat dan bilangan tanpa ada dalil khususnya.

Dari penjelasan di atas, jelaslah bahawa segala hal yang diada-adakan dalam permasalahan agama adalah tercela dan jelek sekali. Kerana sebagaimana perkataan Imam Fudhail bin Iyadh, bahawa إن البدعة أحب إلى ألشيطان من للمعصية “Sesungguhnya bid’ah itu lebih dicintai syaithan berbanding maksiat”, kerana pelaku maksiat sedar akan kesalahannya, kerana dia mengetahui bahawa maksiat itu adalah keharaman yang nyata, sedangkan pelaku bid’ah yang mengamalkan suatu bid’ah menganggapnya sebagai suatu sunnah.

Ibnu ”’Umar Radhiallahu ‘anhu juga berkata : كل بدعة ضلالة وإن رآها الناس حسنة “Setiap bid’ah adalah sesat meskipun manusia menganggapnya baik”33. Maka janganlah tertipu dengan banyaknya bid’ah di hadapan mata dan manusia menganggapnya sebagai kebajikan, kerana sesungguhnya Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu berkata : اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتكم “Ittiba’lah jangan berbuat bid’ah kerana kau telah dicukupi.”34

Nota kaki:

10 Disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 23-26

11 Disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 91-105

12 QS Al-An’am (6) : 153

13 Beliau adalah Sa’id bin Jubair, ulama’ Tabi’in yang ahli tafsir dan pakar di zamannya

14 Al-I’tisham (I/49)

15 ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 20

16 Lihat Kitabut Tauhid ‘Aliy Lishshoffil awwal Syaikh Sholih Fauzan Al Fauzan hal. 11.

17 Ubudiyah, hal. 127

18 I’lamul Muwaqqi’in juz I hal. 334

19 Tafsir Al-Qur’anil Adhim (IV/258)

20 Disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 69-73

21 QS Al-Mulk (67) : 2

22 Syirik yang tidak sampai menyebabkan pelakunya keluar dari Islam, dan membatalkan amalan yang disertainya saja, seperti riya’, sum’ah, dan lain-lain.

23 Syirik yang membatalkan keislaman pelakunya dan mengeluarkannya dari Islam serta menghapus seluruh amalnya, seperti menyembah berhala atau wali-wali selain Allah, tabaruk (mengambil berkah) pada mayat, dan lain-lain.

24 QS Al-Baqarah (2) : 256. Kalimat فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ (barang siapa yang ingkar dengan thaghut) menunjukkan nafyu (penafian) terhadap thaghut dan segala bentuk kesyirikan sedangkan وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ (barangsiapa yang iman kepada Allah) menunjukkan itsbat (penetapan) terhadap Allah sebagai ilah Al-Haq (satu-satunya sesembahan yang benar).

25 Ta’wil Mukhalafil Hadits hal. 14, disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 37-41.

26 ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 147-148

27 Masalah ini tidak syak lagi termasuk bid’ah yang nyata, dan tidak khilaf para ulama’ Salaf tentangnya. Telah banyak pula bantahan para ulama’ baik Salaf dan kholaf tentang peringatan Maulid Nabi yang bid’ah ini. Syaikhul Islam menerangkan bahawa bid’ah ini pertama kali dihembuskan oleh para zanadiqah (munafiqin) Syi’ah ketika mereka berkuasa pada era bani Fathimiyyah. Syi’ah dan Shufi merupakan penyebab utama tersebarnya bid’ah, syirik dan khurafat di tengah-tengah ummat Islam. Namun, sangat menyedihkan, ketika sebahagian harakah da’wah yang merebak saat ini, mereka terjebak dengan bid’ah semacam ini. Termasuk juga peringatan-peringatan hari besar Islam lainnya.

28 Tahlilan atau peringatan kematian telah banyak dijelaskan oleh para ulama’ akan bid’ah dan bahayanya. Budaya di Indonesia dengan 40 hari, 100 hari, 1000 hari, dan seterusnya adalah adat yang berakar daripada keyakinan syirik dan khurafat bid’ah, peninggalan dari sisa-sisa I’tiqad agama Hindhu yang paganis dan berhalais.

29 Tidak syak lagi, demonstrasi atau Mudhoharoh, yang seolah-olah telah menjadi wasilah dalam amar ma’ruf nahi munkar terutama terhadap penguasa dan memperjuangkan penegakan syari’at Islam, adalah bid’ah baru yang berasal dari sistem kufur yang tidak dikenal di dalam Islam, yaitu Demokrasi. Menegakkan demonstrasi pada hakikatnya adalah tasyabbuh ‘alal kuffar (meniru golongan kafir) dalam method dan cara. Padanya terdapat kerosakan-kerosakan seperti ikhtilat, keluarnya wanita-wanita ke jalan, khuruj terhadap pemerintah, dan lain-lain.

30 Dzikir Jama’i yang sekarang lagi dilakukan masyarakat, dan laku bak kacang goreng, adalah method ibadah yang bid’ah. Kerana Islam tidak pernah mengajarkan berdzikir secara jama’ah dan dipimpin oleh seorang Imam adalah metode ibadah yang bid’ah. Dikatakan bid’ah, kerana pada satu sisi, memang ada dalil yang menunjukkan anjuran berdzikir, namun pada sisi kaifiyat pelaksanaan, sesungguhnya tidak ada satupun dalil yang warid dari Rasulullah r menerangkan akan metode berdzikir demikian. Sehingga dikatakan termasuk sebagai bid’ah idhafi.

31 Pada hakikatnya, membaca Al-Qur’an adalah termasuk sunnah Rasulullah r, namun yang menjadi permasalahan adalah jika kita mengkhusukan suatu surat atau ayat dari Al-Qur’an, dan juga mengkhusukan waktu tertentu, seperti membaca surat Yasin setiap malam Jum’at, tanpa didasarkan dari dalil, atau tidak berdiri dari hujjah. Maka amalan ibadah ini, disebabkan oleh pengkhususan waktu dan jenis ayat yang tak pernah diajarkan oleh Nabi, maka amalam tersebut menjadi amalan bid’ah.

32 Ahkamul Jana-iz wa Bid’uha hal. 241-242.

33 Diriwayatkan oleh Al-Lalikai (no 126), Ibnu bathah (205), Baihaqi dalam Al-Madkhal ila sunan (191), Ibnu Nashir dalam As-Sunnah (no 70) dengan tahqiqnya. Sanadnya shahih. Dinukil dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 92.

34 Diriwayatkan oleh Ibnu Khaitsamah dalam Al-Ilmu (no 14) dari jalan An-Nakha’i. Sanadnya shahih. Dinukil dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 20.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar