Para Ulama Salaf Ahlus Sunnah wal Jama'ah Sepakat ALLAH Ada di Atas Langit Bersemayam di Atas 'Arsy-Nya
وعن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: "ما
بين السماء القصوى والكرسي خمسمائة عام، ويبن الكرسي والماء كذلك، والعرش
فوق الماء والله فوق العرش، ولا يخفى عليه شيء من أعمالكم"
Dari Abdullah bin Mas'ud, dia berkata, "Di antara langit yang paling tinggi dengan kursi adalah lima ratus tahun, dan di antara kursi dengan air juga demikian. 'Arasy di atas air dan Allah di atas 'Arasy, dan tidak sesuatupun yang tersembunyi atas-Nya dari amal perbuatan kalian."
Dikeluarkan Oleh:
1. Al-Lalika'i, Syarah Usul I'tiqad Ahlis Sunnah Wal Jamaah, 3/395-396, no: 659. 2. Al-Baihaqi, Al-Asma' Was Sifat, 2/186-187. 3. Ad-Darimi, Ar-Raddu Al-Jahmiyyah, 275. 4. Ibn Khuzaimah, At-Tauhid, 1/242-243, no: 149. 5. Al-Thabrani, Mu'jam al-Kabir, 9/228. 6. Abu al-Syeikh, Al-Azhamah, 2/688-689, no: 279. 7. Ibn Abdil Barr, At-Tamhid, 7/... 8. Ibn Qudamah Itsbat Sifat Al-Uluw, 104-105, no: 75. 9. Al-Dzahabi, Al-Uluw, 64, katanya sanadnya sahih. 10. Ibn Qayyim al-Jauzi, Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah, 122. 11. Al-Haitsami, Majma' Az-Zawa'id, 1/86, katanya perawi-perawinya adalah sahih.
Kedua: Ka'ab Al-Ahbar
قال: "قال الله في التوراة: أنا الله فوق
عبادي، وعرشي فوق خلقي، وأنا على عرشي، أدبر أمر عبادي، ولا يخفى علي شيء
في السماء، ولا في الأرض"
Ka'ab berkata, Allah berfirman di dalam Taurat, "Aku Allah di atas hamba-hamba-Ku, 'Arasy-Ku di atas makhluk-makhluk-Ku, dan Aku di atas 'Arasy mengatur semua urusan hamba-hamba-Ku. Tidak ada sesuatupun yang tersembunyi dari-Ku dan tidak juga di bumi."
- Dikeluarkan Oleh:
1. Abu al-Syeikh, Al-Azhamah, 2/625-626, no: 244. 2. Ibn Baththah, Al-Ibanah, 3/185-186, no: 137. 3. Abu Nu'aim, Al-Hilyah, 6/7. 4. Abu Ya'la, Ibthal At-Ta'wilat, 149. 5. Abdul Qadir al-Jailani, Al-Ghunyah Li Thalibi Thariq Al-Haq, 1/57. 6. Al-Dzahabi, Al-Uluw, 92, katanya perawi-perawinya tsiqah. 7. Ibn Qayyim al-Jauzi, Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah, 129 & 260, pada nombor 129 ia berkata diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dengan sanad sahih dari Ka'ab.
Ketiga: Abdullah bin Mubarak (181 H)
ثبت عن علي بن الحسن بن شقيق، شيخ البخاري،
قال: قلت لعبد الله ابن المبارك كيف نعرف ربنا؟ قال: "في السماء السابعة
على عرشه". وفي لفظ "على السماء السابعة على عرشه، ولا نقول كما تقول
الجهمية إنه هاهنا في الأرض". وقال أيضاً: سألت ابن المبارك: كيف ينبغي
لنا أن نعرف ربنا؟. قال: "على السماء السابعة، على عرشه، ولا نقول كما
تقول الجهمية إنه هاهنا في الأرض"
Dari Ali Ibnul Hasan bin Syaqiq guru Imam Bukhari, dia berkata, "Saya pernah bertanya kepada Abdullah bin Mubarak bagaimana kita mengetahui Tuhan kita?" katanya, "Di langit ke tujuh di atas 'Arasy-Nya." Dalam lafaz lain, "Di atas langit ke tujuh di atas 'Arasy-Nya, dan kita tidak mengatakan sebagaimana yang dikatakan Jahmiyah bahawasanya Allah di sini, di bumi."
Ali juga berkata, "Saya pernah bertanya kepada Abdullah bin Mubarak, bagaimana seharusnya kita mengenali Tuhan kita?" Dia menjawab, "Di atas langit yang ke tujuh, di atas 'Arasy-Nya, dan kita tidak mengatakan sebagaimana Jahmiyah berkata bahawasanya Allah ada di bumi ini."
- Dikeluarkan Oleh:
1. Bukhari, Khalqu Af'al 'Ibad, 8. 2. Ad-Darimi, Ar-Raddu 'Ala Al-Marisi, 103. 3. Ar-Raddu 'Ala Al-Jahmiyah, 50. 4. Abdullah bin Imam Ahmad, As-Sunnah, 1/111, no: 22 & 1/174-176, no: 216. 5. Ibn Baththah, Al-Ibanah, 3/155-156, no: 112. 6. Ibn Mandah, At-Tauhid, 3/308, no: 899. 7. As-Shabuni, Aqidah As-Salaf, 20, no: 28. 8. Al-Baihaqi, Al-Asma' Wa As-Sifat, 2/336, no: 903. 9. Ibn Abdil Barr, At-Tamhid, 7/142. 10. Ibn Qudamah, Itsbat Sifat Al-Uluw, 117-118, no: 99 & 100. 11. Ibn Taimiyyah, Dar-u Ta'arud Al-'Aql wa an-Naql, 6/264, Al-Fatawa Al-Hamawiyah, 91. 12. Al-Dzahabi, Al-Uluw, 110, Siyar A'lam An-Nubala', 8/402, Al-Arba'in, 40, no: 10, Al-'Arasy, 2/187, no: 161-162. 13. Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah, 134-135, katanya diriwayatkan oleh Ad-Darimi, al-Hakim, al-Baihaqi dengan sanad yang paling sahih kepada Ali Ibnul Hasan bin Syaqiq.
Keempat: Ashbagh Ibnul Al-Faraj Al-Maliki (225 H)
"وهو مستو على عرشه وبكل مكان علمه وإحاطته"
Ashbagh berkata: "Allah beristiwa' di atas 'ArasyNya, dan ilmuNya serta jangkauanNya ada di setiap tempat."
- Lihat: Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah oleh Ibnul Qayyim, halaman 142 dan Tahzib Sunan Abu Daud, 7/102. Ashbagh Ibnul Faraj bin Sa'id bin Nafi' merupakan seorang ahli fiqh di antara ulama besar mazhab Maliki di Mesir. Biografinya boleh lihat dalam Wafayat Al-A'yan (1/79) dan Al-A'lam (1/333).
Kelima: Hammad bin Hannad (230 H)
قال: "هذا ما رأينا عليه أهل الأمصار وما دلت
عليه مذاهبهم فيه، وإيضاح مناهج العلماء وطرق الفقهاء، وصفة السنة وأهلها
أن الله فوق السماء السابعة على عرشه بائن من خلقه وعلمه وقدرته وسلطانه
بكل مكان"
Hammad berkata: "Inilah keyakinan ulama-ulama di seluruh pelusuk dunia dan ditunjukkan oleh pandangan-pandangan mazhab mereka, menjelaskan manhaj para ulama' dan jalan ahli fiqh dan merupakan sifat As-Sunnah; bahawa Allah di atas langit yang ke tujuh di atas 'ArasyNya, terpisah dari hamba-hambaNya. IlmuNya, kuasaNya dan kekuasaanNya di setiap tempat."
- Lihat: Al-Uluw oleh Az-Dzahabi, halaman 151, dan Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah oleh Ibnul Qayyim, halaman 242.
Keenam: Ahmad bin Nashr Al-Khuza'I (231 H)
قال إبراهيم الحربي فيما صح عنه: قال أحمد بن نصر وسئل عن علم الله فقال: "علم الله معنا وهو على عرشه"
Berkata Ibrahim Al-Harbi berdasarkan riwayat yang sahih darinya, berkata Ahmad bin Nashr ketika beliau ditanya tentang ilmu Allah: "Ilmu Allah bersama kita sedangkan Allah di atas 'Arasy-Nya."
- Lihat: Al-Uluw oleh Az-Dzahabi, halaman 128. Ahmad bin Nashr bin Malik Al-Khuza'I seorang yang tsiqah (terpecaya). Ia dibunuh sebagai seorang syahid tahun 231 H di waktu pemerintahan khalifah Al-Watsiq kerana beliau tidak mahu mengatakan Al-Quran itu makhluk. Biografinya boleh dilihat dalam Siyar A'lam An-Nubala (11/166) dan Tahzib At-Tahzib (1/87).
Ketujuh: Imam Ahmad bin Hanbal (241 H)
قال يوسف بن موسى القطان: وقيل لأبي عبد الله: الله فوق السماء السابعة على عرشه، بائن من خلقه، وعلمه وقدرته بكل مكان. قال: "نعم"
Berkata Yusuf Ibnul Qatthan: "Dikatakan kepada Abu Abdillah, Allah di atas langit ketujuh di atas 'Arasy-Nya, terpisah dengan makhlukNya, dan ilmuNya serta kuasaNya di setiap tempat?" Jawabnya: "Ya." (Dikeluarkan oleh Ibn Batthah dalam Al-Ibanah (3/159), no: 115)
قال أحمد بن حنبل رحمه الله في كتاب "الرد على
الجهمية" مما جمعه ورواه عبد الله ابنه عنه: "باب بيان ما أنكرت الجهمية
أن يكون الله على العرش، قلت لهم: أنكرتم أن يكون الله على العرش، وقد قال
{الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى}؟ فقالوا: هو تحت الأرض السابعة،
كما هو على العرش، وفي السموات والأرض. فقلنا: قد عرف المسلمون أماكن
كثيرة ليس فيها من عظمة الرب شيء، أجسامكم وأجوافكم والأماكن القذرة ليس
فيها من عظمته شيء، وقد أخبرنا عز وجل أنه في السماء فقال تعالى
{أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا
هِيَ تَمُورُ أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ
عَلَيْكُمْ حَاصِباً} {إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ
وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ}، {إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ
إِلَيَّ}، {بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ}، {يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ
فَوْقِهِمْ}، فقد أخبرنا سبحانه أنه في السماء"
Imam Ahmad berkata di dalam kitab Ar-Raddu 'Ala Al-Jahmiyyah, yang mana dihimpunkan dan diriwayatkan dari anaknya iaitu Abdullah: "Tentang apa yang diingkari oleh Al-Jahmiyyah bahawa Allah berada di atas 'Arasy, saya katakan kepada mereka: "Kamu mengingkari Allah berada di atas 'Arasy, padahal Allah telah berfirman:
"Allah Yang Maha Pemurah bersemayam di atas 'Arasy." (Thaha: 5)
Mereka mengatakan: "Dia di bawah bumi ketujuh sebagaimana Dia di atas 'Arasy, (iaitu) di langit dan di bumi." Maka kami katakan: "Kaum muslimin telah mengetahui banyak tempat yang sama sekali tidak memberikan citra keagungan bagi Allah, seperti tubuh kamu, perut kamu dan tempat-tempat kotor dan najis yang sama sekali tidak ada keagungan bagiNya. Padahal Allah telah mengkhabarkan kepada kita dalam firmanNya:
"Apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menjungkir-balikkan bumi bersama kalian, sehingga tiba-tiba bumi itu bergoncang. Ataukah kalian meresa aman terhadap Tuhan yang di langit bahawa Dia akan menghantarkan badai yang berbatu. Maka kelak kalian akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku." (Al-Mulk: 16-17) "KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh yang dinaikkanNya." (Fathir: 10) "…Sesungguhnya Aku akan mematikanmu dan mengangkatmu kepadaKu." (Ali-Imran: 55) "Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka…" (An-Nahl: 50)
Allah telah mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia di atas langit."
- Lihat Ar-Raddu Al-Jahmiyyah, halaman 92-93, Az-Dzahabi menyebutkan di dalam Al-Arasy (2/250-251), no: 224, dan Ibnul Qayyim dalam Ijtima' Al-Juyusy, halaman 201-202.
Kelapan: Al-Harits bin Asad Al-Muhasibi (243 H)
قال: "وأما قوله تعالى {الرَّحْمَنُ عَلَى
الْعَرْشِ اسْتَوَى} {وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ} {أَأَمِنْتُمْ
مَنْ فِي السَّمَاءِ} {إِذاً لابْتَغَوْا إِلَى ذِي الْعَرْشِ سَبِيلاً}
{إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ} هذا يوجب أنه فوق العرش فوق
الأشياء كلها متنزه عن الدخول في خلقه لايخفى عليه منهم خافية لأنه أبان
في هذه الآيات أنه أراد أنه بنفسه فوق عباده؛ لأنه قال: {أَأَمِنْتُمْ
مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ} يعني فوق العرش،
والعرش على السماء لأن من قد كان فوق كل شيء على السماء، في السماء وقد
قال {فَسِيحُوا فِي الأَرْضِ}يعني علي الأرض لايريد الدخول في جوفها...."
Dia berkata: Adapun firman Allah: "Allah Yang Maha Pemurah bersemayam di atas 'Arasy" (Thaha: 5) "Dan Dialah yang berkuasa di atas sekalian hamba-hambaNya." (Al-An'am: 18) "Nescaya tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Tuhan yang memiliki 'Arasy." (Al-Israa: 42) "KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh yang dinaikkanNya." (Fathir: 10)
Semua ini mewajibkan bahawasanya Allah di atas 'Arasy di atas segala sesuatu, disucikan dari bertempat pada makhlukNya, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari padaNya kerana Allah menjelaskan di dalam ayat-ayat ini bahawa Dia berkehendak dengan diriNya di atas semua hamba-hambaNya, kerana Dia berfirman: "Apakah kalian meresa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menjungkir-balikkan bumi bersama kalian." (Al-Mulk: 16)
Maknanya di atas 'Arasy, dan 'Arasy adalah di atas langit, kerana Allah yang berada di atas segala sesuatu di atas langit. Dia telah berfirman: "Maka berjalanlah di bumi.." Ertinya di atas bumi yang Dia tidak ingin masuk di dalamnya."
- Lihat: Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah, halaman 272. Al-Harits bin Asad Al-Muhasibi dikenali sebagai seorang sufi. Antara kitabnya yang terkenal dalam menulis masalah tasawwuf ialah Ar-Ri'ayah li Huquqillah dan Risalah Al-Murtarsyidin. Biografinya boleh dilihat di dalam Tarikh Al-Baghdadi (8/211) dan Siyar A'lam An-Nubala' (12/110).
Kesembilan: Abdul Wahab bin Abdul Hakam Al-Warraq (251 H)
Abdul Wahab bin Abdul Hakam Al-Warraq ketika diriwayatkan hadis Ibnu Abbas yang mengatakan Jarak antara langit ketujuh dengan kursi Allah adalah tujuh ribu cahaya, dan Dia di atas semua itu. Beliau berkata:
"من زعم أن الله ههنا فهو جهمي خبيث، إن الله فوق العرش، وعلمه محيط بالدنيا والآخرة"
"Barang siapa yang menyangka bahawa Allah di sini (di bumi), maka dia adalah seorang Jahmiyyah yang keji. Allah berada di atas 'Arasy dan ilmuNya melingkupi dunia dan akhirat."
- Lihat: Al-Uluw (halaman 142) dan Al-'Arasy (2/253) no: 226 oleh Az-Dzahabi dan Ijtima' Al-Juyusy, halaman 232 dan Ibnul Qayyim mengatakan riwayat ini sahih. Abdul Wahab bin Abdul Hakam bin Nafi' An-Nasa'I pernah bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal serta berguru dengannya. Beliau seorang yang soleh, wara' dan zuhud. Biografinya boleh dilihat di dalam Thabaqat Al-Hanabilah (1/209-212) dan Taqrib At-Tahzib, halaman 633.
Kesepuluh: Yahya bin Mu'az Ar-Razi (258 H)
قال: "الله تعالى على العرش، بائن من الخلق،
قد أحاط بكل شيء علماً، وأحصى كل شيء عدداً، ولا يشك في هذه المقالة إلا
جهمي رديء ضليل هالك مرتاب، يمزج الله بخلقه ويخلط الذات بالأقذار
والأنتان"
Yahya berkata: "Allah Ta'ala di atas 'Arasy, terpisah dari hamba-hambaNya. Allah telah meliputi segala sesuatu dengan ilmuNya dan telah menghitung segala sesuatu. Tidak ada yang ragu terhadap pendangan ini kecuali dia adalah seorang Jahmiyyah yang busuk, sesat, binasa dan ragu-ragu kerana dia mencampuradukkan Allah dengan makhlukNya dan membaurkan Zat-Nya dengan kotoran dan benda-benda busuk."
- Lihat: Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah, halaman 270 dan Majmu' Al-Fatawa (5/49). Yahya bin Mu'az Ar-Razi seorang penyampai nasihat yang baik sebagaimana disebutkan oleh Abul Qasim al-Qusyairi di dalam Ar-Risalah. Beliau wafat di Nisabur. Lihat Wafayat Al-A'yan (6/165).
Kesebelas: Muhammad bin Yahya Az-Dzahali (258 H)
سئل محمد بن يحي عن حديث عبد الله بن معاوية
عن النبي صلى الله عليه وسلم: "ليعلم العبد أن الله معه حيث ما كان" (رواه
الطبراني في الصغير ص 115)، فقال: "يريد أن الله علمه محيط بكل مكان
والله على العرش"
Muhammad bin Yahya pernah ditanya tentang hadis Abdullah bin Mu'awiyah yang diriwayatkannya dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Hendaklah hamba mengetahui bahawasanya Allah bersama dengannya dimanapun dia berada." (Hadis riwayat Thabrani di dalam Al-Mu'jam Ash-Shaghir, 115) Maka ia menjawab: "Maksud hadis itu adalah bahawa ilmu Allah meliputi semua tempat sedangkan Allah di atas 'Arasy."
- Lihat: Al-Uluw oleh Az-Dzahabi, halaman 136. Muhammad bin Yahya bin Abdullah bin Khalid bin Faris bin Zu'aib Ad-Dzahali an-Nisaburi as-Zuhri, seorang yang tsiqah, penghafal yang baik, peribadinya agung dari thabaqah kesebelas. Ia wafat ketika berumur 85 tahun. Biografi beliau boleh dilihat di dalam Taqrib At-Tahzib, halaman 907 dan Siyar A'lam An-Nubala (12/273).
Kedua Belas: Al-Muzani (264 H)
قال: "الحمد لله أحق من ذكر وأولى من شكر... إلى أن قال.. علا على عرشه في مجده بذاته، وهو دان بعلمه من خلقه، أحاط علمه بالأمور..."
Al-Muzani berkata: "Segala puji bagi Allah tuhan yang paling hak diingat dan disebut, dan Tuhan yang paling utama disyukuri... Allah di atas 'ArasyNya dalam segala keagunganNya dengan ZatNya, Dia dekat dengan ilmuNya dari hamba-hambaNya, ilmuNya meliputi segala sesuatu..." (Lihat: Syarah As-Sunnah oleh Al-Muzani, halaman 75.)
Ketiga Belas: Abu Hatim Ar-Razi (277 H) dan Abu Zur'ah Ar-Razi (264 H)
Abdurrahman bin Abi Hatim pernah bertanya kepada Abu Hatim dan Abu Zur'ah tentang mazhab Ahlus Sunnah dalam masalah aqidah dan apa yang mereka dapatkan dari para ulama di setiap tempat, serta apa yang mereka sendiri yakini. Maka, mereka berkata:
"أدركنا العلماء في جميع الأمصار، حجازاً،
وعراقاً، ومصراً، وشاماً، ويمناً، وكان من مذهبهم أن الله على عرشه بائن من
خلقه كما وصف نفسه بلا كيف، أحاط بكل شيء علماً"
"Kami mendapati seluruh ulama di Hijaz, Iraq, Mesir Syam, dan Yaman meyakini bahawa Allah di atas 'ArasyNya terpisah dari hamba-hambaNya sebagaimana Allah mensifati diriNya tanpa menentukan cara dan bentuknya, dan ilmuNya meliputi segala sesuatu." (Lihat: Syarah Usul I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jama'ah (1/176-179), no: 321)
Keempat Belas: 'Utsman bin Sa'id Ad-Darimi (280 H)
Utsman berkata dalam kitabnya:
"قد اتفقت الكلمة من المسلمين، أن الله بكماله فوق عرشه، فوق سمواته"
"Kaum muslimin telah sepakat bahawa Allah dengan segala kesempurnaanNya di atas 'ArasyNya, di atas langit-langitNya." (Lihat: Ar-Raddu 'Ala Bisyr Al-Marisi, halamn 408)
"وقال أهل السنة: إن الله بكماله فوق عرشه، يعلم ويسمع من فوق العرش، لا يخفى عليه خافية من خلقه، ولا يحجبهم عنه شيء"
Di tempat lain beliau berkata: "Ahlus Sunnah berkata "Allah dengan segala kesempurnaanNya di atas 'ArasyNya, mengetahui dan mendengar dari atas 'Arasy, tidak ada sesuatu pun dari hamba-hambaNya yang tersembunyi daripadaNya, dan tidak ada yang dapat menghalangiNya dari mereka." (Lihat: Ar-Raddu 'Ala Bisyr Al-Marisi, halaman 438. Ar-Raddu 'Ala Al-Jahmiyyah, halaman 268. Dan Al-'Arasy (2/260), no: 230)
Kelima Belas: Zakaria bin Yahya As-Saji (307 H)
قال: "القول في السنة التي رأيت عليها أصحابنا أهل الحديث، إن الله تعالى على عرشه، في سمائه، يقرب من خلقه كيف شاء"
Zakaria berkata: Pandangan dalam As-Sunnah yang saya lihat pada sahabat-sahabat kami Ahlul Hadis, bahawasanya Allah di atas 'ArasyNya di langitNya, dekat dari hamba-hambaNya sebagaimana yang dikehendakiNya." (Lihat: Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah, halaman 245-246. Al-'Uluw, halaman 150 dan Al-'Arasy (2/278), no: 240)
Keenam Belas: Al-Hasan bin Ali bin Khalaf Al-Barbahari (329 H)
Al-Hasan berkata:
"وهو جل ثناؤه واحد ليس كمثله شئ وهو السميع
البصير، ربنا أول بلا متى وآخر بلا منتهى، يعلم السر وأخفى، وعلى عرشه
استوى، وعلمه بكل مكان، لايخلو من علمه مكان"
"Allah Yang Maha agung adalah Esa, tidak ada sesuatu pun yang sama denganNya, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Tuhan kita adalah permulaan tenpa menentukan 'bila'? Dia adalah Yang Akhir tanpa kesudahan. Dia mengetahui rahsia apa yang tersembunyi, bersemayam di atas 'ArasyNya. ilmuNya (pengetahuanNya) ada di setiap tempat, tidak ada sesuatu tempat pun yang sunyi dari pengetahuanNya."
- Lihat: Syarah As-Sunnah oleh Al-Barbahari, halaman 71. Al-Barbahari ialah seorang Imam dan Hafiz dan seorang ulama dalam mazhab Hanbali di Baghdad. Terkenal dengan sikapnya yang tegas terhadap As-Sunnah. Lihat biografinya dalam Thabaqat Al-Hanabilah, jilid 2, halaman 18-45.
Ketujuh Belas: Ibn Abi Zaid Al-Qairawani (386 H)
قال الإمام أبو محمد بن أبي زيد المالكي
المغربي في رسالته في مذهب مالك، أولها: "وأنه فوق عرشه المجيد بذاته،
وأنه في كل مكان بعلمه"
Berkata Imam Abu Muhammad bin Abi Zaid Al-Maliki di dalam risalahnya tentang Mazhab Imam Malik: "Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya yang Maha agung dengan ZatNya dan bahawasanya ilmuNya di setiap tempat." (Lihat: Risalah Al-Qairawani, halaman 4 dan Al-'Uluw, halaman 171)
وقال في كتابه المفرد في السنة: "وأنه فوق سمواته على عرشه دون أرضه وأنه في كل مكان بعلمه"
Dalam kitab Al-Mufrad ia berkata: "Sesungguhnya Allah di atas langitNya di atas 'ArasyNya bukan di bumiNya, dan bahawa Dia di setiap tempat dengan ilmuNya." (Lihat: Al-Ijtima' Al-Juyusy Al-Islamiyyah, halaman 151)
Kelapan Belas: Muhammad bin Abdillah bin Abi Zamnain (399 H)
قال محمد بن عبد الله: "ومن قول أهل السنة إن
الله عز وجل خلق العرش واختصه بالعلو والارتفاع فوق جميع ما خلق ثم استوى
عليه كيف شاء كما أخبر عن نفسه في قوله {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى}... فسبحان من بعد فلا يرى، وقرب بعلمه وقدرته فسمع النجوى"
Muhammad bin Abdillah berkata: "Di antara pandangan Ahlus Sunnah adalah bahawasanya Allah menciptakan 'Arasy dan mengkhususkannya untuk ketinggianNya di atas makhluk-makhlukNya. Kemudian Dia bersemayam di atasNya sebagaimana yang Dia kehendaki, seperti yang Dia khabarkan tentang diriNya di dalam firmanNya: "Allah yang Maha Pemurah bersemayam di atas 'Arasy." Maka Maha Suci Allah yang jauh sehigga tidak dapat dilihat, dan dekat dengan ilmuNya dan kuasaNya sehingga mendengar bisikan rahsia sekalipun."
- Lihat: Riyadh Al-Jannah Bi Takhrij Usul Sunnah, halaman 88. Biografi Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Isa al-Mariy Al-Andalusi boleh dilihat dalam Al-Wafi Bi Al-Wafayat (2/321) dan Syadzarat Az-Dzahab (3/156). Beliau seorang yang bermazhab Maliki terkenal dengan gelarannya Ibn Zamnain.
Kesembilan Belas: Abu Bakar Al-Baqilani (403 H)
قال أبو بكر محمد بن الطيب الباقلاني في كتاب
"الإبانة": "فإن قيل: هل تقولون إنه في كل مكان؟؛ قيل له: معاذ الله، بل
هو مستو على عرشه، كما أخبر في كتابه وقال {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ
اسْتَوَى}، وقال {إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ}، وقال:
{أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ}، ولو كان في كل مكان، لكان في بطن
الإنسان، وفمه، والحشوش، ولوجب أن يزيد بزيادات الأماكن، إذا خلق منها ما
لم يكن، ولصح أن يرغب إليه إلى نحو الأرض، وإلى خلفنا، وإلى يميننا،
وشمالنا، وهذا قد أجمع المسلمون على خلافه وتخطئة قائله"
Abu Bakar berkata dalam kitab Al-Ibanah: "Jika ada yang bertanya, apakah kalian berpandangan bahawasanya Allah ada di setiap tempat, maka jawablah, aku berlindung kepada Allah dari pandangan seperti itu. Bahkan Dia bersemayam di atas'ArasyNya, sebagaimana yang Dia khabarkan di dalam kitabNya: "Allah yang Maha Pemurah bersemayam di atas 'Arasy," "KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh yang dinaikkanNya," "Apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di langit." Kalaulah Dia di setiap tempat, nescaya juga berada di dalam perut dan mulut manusia, perut binatang, serta akan bertambah dengan tambahannya tempat. Kita juga nescaya akan menghadap kepadaNya (dalam solat dan doa) ke setiap arah bumi, ke arah belakang kita, ke sebelah kanan atau sebelah kiri dan kaum muslimin telah ijma' (sepakat) menentang pandangan ini dan menyalahi orang yang mengatakannya." (Lihat: Al-'Arasy oleh Az-Dzahabi (2/338), no: 261 begitu juga secara ringkas disebutkan di dalam Siyar A'lam An-Nubala', jilid 17, halaman 558-559)
Kedua Puluh: Al-Lalika'I (418 H)
قال الإمام أبو القاسم هبة الله بن الحسن
الشافعي، في كتاب شرح أصول السنة له: "سياق ما روي في قوله {الرَّحْمَنُ
عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى}، وأن الله على عرشه في السماء، قال عزوجل
{إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ}، وقال {أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي
السَّمَاءِ}، وقال {وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ}، قال: فدلت هذه
الآيات أنه في السماء وعلمه محيط بكل مكان"
Berkata Al-Imam Abul Qasim Hibatallah bin Al-Hasan As-Syafi'I, dalam kitab Syarah Usul As-Sunnahnya: "Rangkaian apa yang difirmankan oleh Allah "Allah yang Maha Pemurah bersemayam di atas 'Arasy," Dan bahawa Allah di atas 'ArasyNya di langit, firman Allah "KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh yang dinaikkanNya," Dan firmanNya lagi "Apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di langit." Dan firmanNya lagi "Dan Dia berkuasa di atas hamba-hambaNya." Al-Lalika'I berkata: "Maka semua ayat ini menunjukkan bahawasanya Allah di langit dan ilmuNya meliputi setiap tempat."
- Lihat: Syarah Usul I'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah, jilid 3, halaman 387-388. Al-Lalika'I adalah seorang ulama' bermazhab As-Syafi'i, seorang Imam dan Hafiz. Dia menulis kitab Syarah I'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi rujukan paling penting berkenaan akidah Ahli Sunnah. Biografinya boleh dilihat di dalam Tarikh Baghdad (14/70), dan Siyar A'lam An-Nubala' (17/419).
[Dinukilkan dari kitab Al-Atsaru Al-Mar'wiyah Fi Sifatu Al-Ma'iyyah karangan Dr. Muhammad Khalifah Ali At-Tamimi].
Tanya Jawab Bersama Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah: Dimana Allah ?
Syaikhul Islam Abul ‘Abbas Ahmad ibnu Taimiyyah rohimahulloh pernah ditanya mengenai dua orang yang berselisih tentang masalah akidah/keyakinan. Seorang di antaranya berkata, “Orang yang tidak meyakini Alloh Subhanahu wa Ta’ala di atas langit adalah orang sesat.” Sedangkan yang satunya berkata, “Sesungguhnya Alloh itu tidak dibatasi oleh suatu tempat.” Padahal mereka berdua adalah sama-sama pengikut mazhab Syafi’i. Maka, jelaskanlah kepada kami tentang akidah Imam Syafi’i rodhiallohu ‘anhu yang kami ikuti dan bagaimanakah akidah yang benar?
Jawaban Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah:
Segala puji bagi Alloh, keyakinan Asy Syafi’i rohimahulloh dan keyakinan para pendahulu Islam seperti Malik, Ats Tsauri, Al Auza’i, Ibnu Mubarak, Ahmad bin Hambal, Ishaq bin Rahawaih, dan juga menjadi keyakinan para guru yang ditiru seperti Fudhail bin ‘Iyadh, Abu Sulaiman Ad Darani, Sahl bin Abdullah At Tusturi dan selain mereka adalah sama. Sesungguhnya di antara ulama tersebut dan yang seperti mereka tidak terdapat perselisihan dalam pokok-pokok agama.
Begitu pula Abu Hanifah rohmatullohi ‘alaihi, sesungguhnya keyakinan beliau dalam masalah tauhid, takdir dan perkara lainnya adalah sesuai dengan keyakinan para ulama di atas. Sedangkan keyakinan yang dipegang oleh para ulama itu adalah keyakinan para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, itulah keyakinan yang dikatakan oleh Al Kitab dan As Sunnah. Asy Syafi’i mengatakan di bagian awal Muqoddimah Kitab Ar Risalah:
الحمد لله الَّذِي هُوَ كَمَا وصف بِهِ نفسه، وفوق مَا يصفه بِهِ خلقه.
“Segala puji bagi Alloh yang (terpuji) sebagaimana sifat yang Dia tetapkan untuk diri-Nya sendiri. Sifat-sifat yang tidak bisa digambarkan oleh makhluknya.”
Dengan demikian beliau rohimahulloh menerangkan bahwa Alloh itu memiliki sifat sebagaimana yang Dia tegaskan di dalam Kitab-Nya dan melalui lisan rosul-Nya shollallohu ‘alaihi wa sallam.
Begitu pula yang dikatakan oleh Ahmad bin Hambal. Beliau mengatakan: Alloh tidak diberi sifat kecuali dengan yang Dia tetapkan sendiri, atau sifat yang diberikan oleh Rosul-Nya shollallohu ‘alaihi wa sallam tanpa disertai tahrif (penyelewengan makna), tanpa takyif (memvisualisasikan), tanpa tamsil (menyerupakan dengan makhluk), tetapi mereka menetapkan nama-nama terbaik dan sifat-sifat luhur yang Dia tetapkan bagi diri-Nya. Mereka yakini bahwasanya:
لَيْسَ كمثله شيء وَهُوَ السميع البصير
“Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai dengan-Nya, Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” baik dalam sifat-sifatNya, Zat-Nya maupun dalam perbuatan-perbuatanNya. Kemudian beliau berkata: Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan segala yang ada di antara keduanya dalam waktu enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arsy; Dialah yang telah benar-benar berbicara dengan Musa; Dialah yang telah menampakkan diri kepada gunung dan gunung itu pun menjadi hancur terbelah karenanya, tidak ada satu makhluk pun yang memiliki sifat sama persis dengan-Nya, ilmu-Nya tidak sama dengan ilmu siapa pun, kemampuan-Nya tidak sama dengan kemampuan siapa pun, dan kasih sayang-Nya juga tidak sama dengan kasih sayang siapa pun, bersemayam-Nya juga tidak sama dengan bersemayamnya siapa pun, pendengaran dan penglihatan-Nya juga tidak sama dengan pendengaran dan penglihatan siapa pun. Ucapan-Nya tidak sama dengan ucapan siapa pun, penampakan diri-Nya tidak sebagaimana penampakan siapa pun.
Alloh Subhanahu wa Ta’ala telah menginformasikan kepada kita di surga itu ada daging, susu, madu, air, sutera dan emas. Dan Ibnu Abbas telah berkata,
لَيْسَ فِي الدُّنْيَا مما فِي الآخرة إِلاَّ الأسماء.
“Tidak ada suatu pun di dunia ini yang ada di akhirat nanti kecuali hanya sama namanya saja.”
Apabila makhluk-makhluk yang gaib ini ternyata tidak sama dengan makhluk-makhluk yang tampak ini -padahal namanya sama- maka Sang Pencipta tentu sangat jauh berbeda dibandingkan dengan makhluk-Nya, inilah perbedaan Pencipta dengan makhluk yang diciptakan, meskipun namanya sama.
Alloh telah menamai diri-Nya Hayyan ‘Aliiman (Maha Hidup, Maha Mengetahui), Samii’an Bashiiran (Maha Mendengar, Maha Melihat), dan nama-Nya yang lain adalah Ra’uuf Rahiim (Maha Lembut, Maha Penyayang); Alloh itu hidup tidak seperti hidup yang dialami oleh makhluk, pengetahuan Alloh tidak seperti pengetahuan makhluk, pendengaran Alloh tidak seperti yang dialami pendengaran makhluk, penglihatan Alloh tidak seperti penglihatan makhluk, kelembutan Alloh tidak seperti kelembutan makhluk, kasih sayang Alloh tidak seperti kasih sayang makhluk.
Nabi bersabda dalam konteks hadits budak perempuan yang cukup populer: “Di mana Alloh?” Budak tersebut menjawab, “(Alloh) di atas langit.” Akan tetapi bukan berarti maknanya Alloh berada di dalam langit, sehingga langit itu membatasi dan meliputi-Nya. Keyakinan seperti ini tidak ada seorang pun ulama salaf dan ulama yang mengatakannya; akan tetapi mereka semuanya bersepakat Alloh berada di atas seluruh langit ciptaan-Nya. Dia bersemayam (tinggi) di atas ‘Arsy, terpisah dari makhluk-Nya; tidak terdapat sedikit pun unsur Dzat-Nya di dalam makhluk-Nya, begitu pula, tidak terdapat sedikit pun unsur makhluk-Nya di dalam Dzat-Nya.
Malik bin Anas pernah berkata:
إن الله فَوْقَ السماء، وعلمه فِي كلّ مكان
“Sesungguhnya Alloh berada di atas langit dan ilmu-Nya berada (meliputi) setiap tempat.”
Maka barang siapa yang meyakini Alloh berada di dalam langit dalam artian terbatasi dan terliputi oleh langit dan meyakini Alloh membutuhkan ‘Arsy atau butuh terhadap makhluk lainnya, atau meyakini bersemayamnya Alloh di atas ‘Arsy-Nya sama seperti bersemayamnya makhluk di atas kursinya; maka orang seperti ini adalah sesat, pembuat bid’ah dan jahil (bodoh). Barang siapa yang meyakini kalau di atas ‘Arsy itu tidak ada Tuhan yang disembah, di atas ‘Arsy itu tidak ada Tuhan yang orang-orang sholat dan bersujud kepada-Nya, atau meyakini Muhammad tidak pernah diangkat menghadap Tuhannya, atau meyakini kalau Al Quran tidak diturunkan dari sisi-Nya, maka orang seperti ini adalah Mu’aththil Fir’auni (penolak sifat Alloh dan pengikut Fir’aun), sesat dan pembuat bid’ah.
Ibnu Taimiyah berkata setelah penjelasan yang panjang, Orang yang mengatakan, “Barang siapa tidak meyakini Alloh di atas langit adalah sesat”, jika yang dimaksudkan adalah “barang siapa yang tidak meyakini Alloh itu di dalam lingkup langit sehingga Alloh terbatasi dan diliputi langit” maka perkataannya itu keliru. Sedangkan jika yang dimaksudkan dengan ucapan itu adalah “barang siapa yang tidak meyakini apa yang tercantum di dalam Kitab dan Sunnah serta telah disepakati oleh generasi awal umat ini dan para ulamanya -yaitu Alloh berada di atas langit bersemayam di atas ‘arsy-Nya, terpisah dari makhluk-Nya- maka dia benar. Siapa saja yang tidak meyakininya berarti mendustakan Rosul shollallohu ‘alaihi wa sallam dan mengikuti selain orang-orang yang beriman. Bahkan sesungguhnya dia telah menolak dan meniadakan Tuhannya; sehingga pada hakikatnya tidak memiliki Tuhan yang disembah, tidak ada Tuhan yang dimintainya, tidak ada Tuhan yang ditujunya.”
Padahal Alloh menciptakan manusia -baik orang Arab maupun non-Arab- yang apabila berdoa maka akan mengarahkan hatinya ke arah atas, bukan ke arah bawah. Oleh karena itu ada orang bijak mengatakan: Tidak pernah ada seorang pun yang menyeru: “Ya Alloh!!” kecuali didapatkan di dalam hatinya -sebelum lisan tergerak- dorongan ke arah atas dan hatinya tidak terdorong ke arah kanan maupun kiri.
Ahlu ta’thil dan ta’wil (penolak dan penyeleweng sifat Alloh) memiliki syubhat dalam hal ini. Mereka benturkan Kitabullah dan Sunnah Rosulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam dengan syubhat ini, mereka tentang kesepakatan salaful ummah dan para ulama. Mereka tentang fitrah yang telah Alloh anugerahkan kepada hamba-hambaNya, mereka tentang sesuatu yang telah terbukti dengan akal sehat. Dalil-dalil ini semua bersepakat bahwa Alloh itu berada di atas makhluk-Nya, tinggi di atasnya. Keyakinan semacam ini Alloh anugerahkan sebagai fitrah yang dimiliki oleh orang-orang tua bahkan anak-anak kecil dan juga diyakini oleh orang badui; sebagaimana Alloh menganugerahkan fitrah berupa pengakuan terhadap adanya (Alloh) Pencipta Yang Maha tinggi. Rosulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam hadits shahih:
كلّ مولود يولد عَلَى الفطرة؛ فأبواه يهودانه،
أَوْ ينصّرانه، أَوْ يمجسانه، كَمَا تنتج البهيمة بهيمة جمعاء هَلْ تحسّون
فِيهَا من جدعاء؟
“Semua bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah; Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi, sebagaimana seekor binatang melahirkan anak dengan utuh tanpa ada anggota tubuh yang hilang, apakah menurutmu ada yang hilang telinganya (tanpa sebab sejak dari lahirnya)?”
Kemudian Abu Hurairah rodhiallohu ‘anhu berkata: Jika kalian mau bacalah,
فطرة الله الَّتِي فطر النَّاس عَلَيْهَا، لاَ تبديل لخلق الله
“Itulah fitrah Alloh yang manusia diciptakan berada di atasnya, tidak ada penggantian dalam fitrah Alloh.”
Inilah maksud dari perkataan Umar bin Abdul ‘Aziz: “Ikutilah agama orang-orang badui dan anak-anak kecil yang masih asli, yakinilah fitrah yang telah Alloh berikan kepada mereka, karena Alloh menetapkan bahwa fitrah hamba fitrah dan untuk memperkuat fitrah bukan untuk menyimpangkan dan juga bukan untuk mengubahnya.”
Sedangkan musuh-musuh para rosul seperti kaum Jahmiyah Fir’auniyah dan lain-lain itu bermaksud mengganti dan mengubah fitrah yang Alloh berikan, mereka lontarkan berbagai syubhat/kerancuan dengan kalimat-kalimat yang tidak jelas sehingga banyak orang itu tidak mengerti maksudnya; dan tidak bisa membantah mereka.
Sumber kesesatan mereka adalah penggunaan istilah-istilah yang bersifat global dan tidak bersumber dari Al Quran dan Sunnah Rosul-Nya shollallohu ‘alaihi wa sallam, juga tidak pernah pula dikatakan oleh salah seorang ulama kaum muslimin, seperti istilah tahayyuz, jisim (jasad/raga), jihhah (arah) dan lain sebagainya.
Barang siapa yang mengetahui bantahan syubhat mereka hendaklah dia menjelaskannya, namun barang siapa yang tidak mengetahuinya hendaknya tidak berbicara dengan mereka dan janganlah menerima kecuali yang berasal dari Al Kitab dan As Sunnah, sebagaimana yang difirmankan Alloh,
وَإِذَا رأيت الَّذِينَ يخوضون فِي آياتنا فأعرض عنهم حتّى يخوضوا فِي حديثٍ غيره
“Dan apabila kamu melihat orang-orang yang mempermainkan ayat-ayat Kami maka berpalinglah dari mereka hingga mereka mengganti pembicaraan.”
Barang siapa berbicara tentang Alloh, Nama dan Sifat-Nya dengan pendapat yang bertentangan dengan Al Kitab dan As Sunnah maka dia termasuk orang-orang yang mempermainkan ayat-ayat Alloh secara batil.
Kebanyakan dari mereka itu menisbatkan kepada para ulama kaum muslimin pendapat-pendapat yang tidak pernah mereka katakaberbagai hal yang tidak pernah mereka katakan, kemudian mereka katakan kepada para pengikut imam-imam itu: inilah keyakinan Imam Fulan; oleh karena itu apabila mereka dituntut untuk membuktikannya dengan penukilan yang sah dari para imam niscaya akan terbongkar kedustaannya.
Asy Syafi’i mengatakan, “Hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada Ahli ilmu kalam (baca: ahli filsafat) menurutku adalah dipukuli dengan pelepah kurma dan sandal lalu diarak mengelilingi kabilah-kabilah dan kaum-kaum sambil diumumkan: ‘Inilah balasan/hukuman yang dijatuhkan kepada orang yang meninggalkan Al Kitab dan As Sunnah dan malah menekuni ilmu kalam.’”
Abu Yusuf Al Qadhi berkata, “Barang siapa menuntut ilmu agama dengan belajar ilmu kalam dia akan menjadi zindiq (baca: sesat).”
Ahmad mengatakan “Tidak akan beruntung orang yang menggeluti ilmu kalam.”
Sebagian ulama mengatakan: Kaum mu’aththilah/penolak sifat Alloh itu pada hakikatnya adalah penyembah sesuatu yang tidak ada, sedangkan kaum mumatstsilah penyerupa sifat Alloh dengan sifat makhluk itu adalah penyembah arca. Mu’aththil itu buta, dan mumatstsil itu rabun; padahal agama Alloh itu berada antara sikap melampaui batas/ghuluw dan sikap meremehkan.
Alloh ta’ala berfirman,
وكذلك جعلناكم أمّة وسطاً
“Dan demikianlah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan.”
Posisi Ahlusunnah di dalam Islam seperti posisi Islam di antara agama-agama.
Walhamdulillahi Rabbil ‘aalamiin.
(Majmu’ Fatawa V/256-261)
Sumber: http://www.facebook.com/notes/allah-ada-di-atas-langit-bersemayam-di-atas-arsy-nya/allah-ada-di-atas-langit-bersemayam-di-atas-arsy-nya/166936776668918